Followers

There's time in my life, where I fell in love and fell out from it. No one catch me, no one ever try to catch me. I'm just tired for another butterflies. I'm afraid to have another heartbreak. I will move on. I will move on and wait for my future Zauj. I'm not turning back.

Tuesday 3 July 2012

Redha

Kita harus redha, apa yang telah ditetapkan Allah, kadang kadang sakit, susah kita nak terima, tapi macam mana susah atau sakit sesuatu itu, kita kena hadapi, tak tabah tak boleh, kena tabah. Sakit, aku faham, tapi sabarlah, orang lain mungkin lebih sakit.

Redha itu perlu ikhlas, tak perlu mengunkit atau merungut dalam hati. Apa yang jadi harini semalam atau besok, kita kena redha tapi, please, kepada sesetengah manusia, jangan semua benda nak kata aku redha aku redha. Kita hidup kena usaha, selagi mampu pulihkan baikkan, kita usaha. Jangan duduk merenung nasib, and kata redha, Allah tak suka orang yang hanya tahu tawakal tanpa usaha. Hmm.

Kenapa aku datang duduk tulis balik? Sebab aku rasa ini yang buat aku rasa tenang, buat aku mula berfikir cara dewasa. Dan sekarang bukan lagi masa untuk aku jaja cerita cerita sensasi privasi, sekarang mungkin masa untuk aku buka mata, cari diri sendiri dan mula atur langkah satu satu, takpe, jauh kebelakang sikit dari yang lain, takpe, asal boleh langkah, aku cuba.

Dan zahirnya, orang melihat tak sama dengan batinnya Allah nampak. Azam yang aku simpan ini moga dimakbul doa serta usaha. Malas mahu fikir yang jiwa jiwa, buat masa sekarang ini, mahu fikir masa depan, mahu fikir mak abah, dah masanya cari lagak macam orang ada minda ada gaya macam lady lady dewasa.

Sakit, memang sakit. Tak tahu nak buat macam mana, dari berdua terus sorang, terus gila, tak tahu nak buat apa. Kadang kadang, hati rasa tak tenang, bila duduk atas sejadah, tengah sujud masih punya airmata, tapi sabar,ini semua kita tak mintak, ini semua dari Allah, ujian dugaan, astagfirullah, banyak. Tapi dengan sabar redha, usaha, pasti semua akan balik macam biasa. Aku tak tahu bila, mungkin 2,3 tahun lagi, mungkin sampai mati. Dan kena terimalah, kita hidup mana boleh nak bahagia sentiasa, even orang berada orang kenamaan pun ada jatuh bangun mereka, inikan aku, orang biasa.


Susah nak biasakan diri, kena berdikari berdiri atas kaki sendiri. Tak biasa bila tak ada orang nak manja manja kan aku. Susah tau nak jalan man asana sini, tak biasa sangat. Tapi mungkin ada hikmahnya, mungkin perlu lebih matang dalam kenali dunia, kenali diri, dan mungkin merangkak dari jatuh ini untuk ke bahagia nanti akan lebih manis, siapa tahu? Kan?

Ya Allah, mungkin ada sebab kenapa batu yang aku terima waktu aku minta bunga, mungkin dugaan ini ada ajaran hidup yang perlu aku terima. Aku cuba, selagi aku mampu, aku cuba. Ada sebab kenapa kita jatuh sekarang, ada sebab kenapa kita hilang bahagia, mungkin ada sebab, Cuma kita tak tahu apa sebabnya dan kenapa, mungkin kita perlu peka, dan kurang leka. Mungkin ini masanya kita cuba. InsyAllah :’) 

2 comments:

  1. kehidupan mengajar kita untuk matang dan lebih tabah. change for good ain't a crime.keep changing.visit me back.some interesting topic in my blog.enjoy.:)

    ReplyDelete
  2. Yanggg stay strong, you can get through this. Youre stronger than you think. InsyaAllah you'll be at peace. Kisses and hugs.

    ReplyDelete